Assalamualaikum..
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT diatas setiap limpah kurnia yang diberikan kepada kami. Sejak D'Mawar Homestay dibuka, ramai pelanggan telah menempah untuk tinggal di sini untuk urusan mereka seperti urusan menghantar pengantin, percutian keluarga, urusan perniagaan & penempatan pekerja untuk kursus atau seminar. Ribuan terima kasih diucapkan kepada pelanggan-pelanggan kami kerana memilih D'Mawar Homestay sebagai tempat penginapan Tuan & Puan. Semoga Tuan & Puan semua berpuashati dengan perkhidmatan yang diberikan. Jika ada lagi urusan di bandar Muar, silalah ke D'Mawar Homestay sekali lagi. Kami sedia berurusan dengan anda semua.
Jangan lupa untuk menempah lebih awal untuk menginap di sini. Untuk pengetahuan anda, homestay ini diuruskan oleh sepasang suami isteri yang telah bersara. Segala urusan pembersihan juga dilakukan sendiri. Jika ada sebarang komen, boleh diajukan segera semasa proses penyerahan kunci. Semoga komen daripada anda dapat memperbaiki perkhidmatan kami.
Terima kasih daun keladi.. Jika sudi, bertandanglah lagi. Salam manis.