D'Mawar Homestay

Bersedia menerima tempahan sepanjang tahun. Lokasi yang strategik dan hanya memerlukan 5 minit masa perjalanan dari bandar Muar. Sesuai untuk percutian keluarga, tempat persinggahan untuk majlis perkahwinan, urusan perniagaan dan lain-lain. Dapatkan penginapan yang selesa dengan harga yang berpatutan.

Monday, November 28, 2011

Terima Kasih..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT diatas setiap limpah kurnia yang diberikan kepada kami. Sejak D'Mawar Homestay dibuka, ramai pelanggan telah menempah untuk tinggal di sini untuk urusan mereka seperti urusan menghantar pengantin, percutian keluarga, urusan perniagaan & penempatan pekerja untuk kursus atau seminar. Ribuan terima kasih diucapkan kepada pelanggan-pelanggan kami kerana memilih D'Mawar Homestay sebagai tempat penginapan Tuan & Puan. Semoga Tuan & Puan semua berpuashati dengan perkhidmatan yang diberikan. Jika ada lagi urusan di bandar Muar, silalah ke D'Mawar Homestay sekali lagi. Kami sedia berurusan dengan anda semua.

Jangan lupa untuk menempah lebih awal untuk menginap di sini. Untuk pengetahuan anda, homestay ini diuruskan oleh sepasang suami isteri yang telah bersara. Segala urusan pembersihan juga dilakukan sendiri. Jika ada sebarang komen, boleh diajukan segera semasa proses penyerahan kunci. Semoga komen daripada anda dapat memperbaiki perkhidmatan kami.

Terima kasih daun keladi.. Jika sudi, bertandanglah lagi. Salam manis.

Monday, July 19, 2010

Penginapan yang selesa.



D'Mawar Homestay mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air yang dilengkapi semua keperluan seperti katil bersaiz 'queen' dan penghawa dingin. Bilik utama dilengkapi dengan bilik air manakala bilik air yang kedua terletak diantara bilik. Kedua-dua bilik air dilengkapi dengan 'water heater'.

Kemudahan ruang parking boleh memuatkan sehingga 2 buah kereta dalam satu-satu masa.

D'Mawar Homestay.



Rumah teres setingkat 3 bilik ini terletak di Taman Bunga Mawar, Jalan Abdul Rahman, Muar, Johor. Lokasi strategik berdekatan dengan bandar Muar, Tanjong Emas dan Stadium Muar. Lebih kurang 5 minit ke bandar Muar.